Wednesday 20 July 2011

Etika Kecantikan.

Komunikasi Pelanggan.

Maksud Komunikasi dua hala

  • Proses komunikasi yang melibatkan maklumbalas daripada pihak penerima kepada penghantar mesej.

Tujuan melaksanakan komunikasi dua hala
  • Bagi menunjukkan respon dan tindakbalas kepada pelanggan.
  • Dapat memeahami perasaan pelanggan.
  • Dapat memberi kefahaman antara jurukecantikan kepada pelanggan.
  • Mendapat persetujuan  antara pihak.

Ciri-ciri memberi maklumat yang tepat.
  • Mesej-mesej yang disampaikan haruslah jelas.
  • Mesej yang disampaikan mestilah mudah difahami oleh pihak lain.
  • Apabila menyampaikan maklumat,intonasi nada suara mestilah sederhana.
  • Apabila menyampaikan penerangan tentang sesuatu,mestilah menjelaskan dengan penuh keyakinan dan bersemangat.
  • Elakkan membuat penerangan palsu kepada pelanggan.

Memberi maklumbalas yang baik

  • Memilih topik perbualan yang baik antara jurukecantikan dan pelanggan. Antara topiknya ialah :
    1. Minat pelanggan.
    2. Aktiviti yang diceburi oleh pelanggan.
    3. Percutian.
    4. Pelancongan.
    5. Fesyen terkini.

  • Topik yang perlu dielakkan semasa berbual dengan pelanggan
    1. Masalah peribadi.
    2. Agama.
    3. Mengutuk.
    4. Kedudukan kewangan sendiri.


  • Menggunakan intonasi yang baik dan intonasi mestilah diselaraskan dengan maksud kecantikkan.

  • Butiran percakapan harus dijaga dan disarankan bercakap dengan sopan dan lembut.

  • Berfikir sebelum bercakap.


Kesabaran dan sopan santun dalam komunikasi dengan pelanggan

  • Apabila dimarahi dengan pelanggan,cuba untuk mengawal emosi dan perasaan dengan menunjukkan reaksi muka yang senyum dan tenang.
  • Lebih banyak mendiamkan diri dan mendengar pelanggan bercakap.
  • Bersikap optimis.
  • Jangan membantah kata-kata pelanggan.
  • Meminta maaf diatas kesilapan yang telah dilakukan.

Memahami bahasa tubuh (body language)

  • Selalunya kita difahamkan bahawa keselesaan amat penting untuk pelanggan apabila berada di dalam salun.Kita dapat lihat ada sesetengah pelanggan yang menunjukkan bahasa tubuh yang tidak selesa.Contohnya berpeluk tubuh sambil membuat reaksi muka yang menjengkelkan,air mukanya yang keruh, dan bermacam-macam lagi.Bagi mengatasi masalah seperti ini,Sebagai jurukecantikan kita haruslah mengambil tindakkan dengan mengambil hati dan mood pelanggan itu sendiri.Jika pelanggan tersebut tidak selesa dengan servis yang dilakukan oleh salah seorang jurukecantikan ditempat anda,sila ambil alih tugas tersebut bagi menjaga dan menjaga keselesaan pelanggan.

Teknik komunikasi seperti cara menjawab panggilan telefon dan bercakap 
dengan pelanggan

  • Suara mestilah jelas setiap kali menyebut butir perkataan.
  • Suara mestilah lembut.
  • Elakkan menggunakan perkataan yang kasar.
  • Bersemangat ketika bercakap.
  • Perkataan dimulakan dengan nama branch,diikuti dengan pertanyaan bantuan perkhidmatan.Selepas pelanggan menyatakan perkhidmatan yang ingin dilakukan,ulang semula perkhidmatan yang ingin dilakukan oleh pelanggan,tarikh dan masa temujanji.Selepas itu diakhiri dengan perkataan terima kasih.



Memahami Kehendak Pelanggan

Menyediakan katalog

  • Katalog jenis potongan rambut
  • Katalog pemilihan warna rambut (colour chart)
  • Katalog warna-warna cat kuku
  • Katalog jenis rawatan dilakukan dilakukan di salun
  • Katalog produk penjagaan
  • Katalog pakej

Mendengar kehendak dan keperluan pelanggan

  • Lakukan dengan segera apabila pelanggan memulakan servis yang disediakan.
  • Jangan mengeluh dihadapan pelanggan
  • Jangan membantah
  • Jika bahan yang ingin digunakan habis / tiada,sila jelaskan dan meminta maaf kepada pelanggan tersebut
  • Lakukan bersungguh-sungguh dan penuh semangat

Mengatasi pelanggan bermasalah

  • Sentiasa menunjukkan reaksi wajah yang sentiasa tenang dan senyum
  • Elakkan memarahi pelanggan seperti ini
  • Bertutur dengan lembut
  • Menangkis setiap perbualanpelanggan dengan baik jika pelanggan tersebut mula bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
  • Jika pelanggan melakukan perbuatan yang tidak senonoh,terangkan padanya bhawa salun tmpat kamu berkerja mempunyai etika dan peraturan.